Jumaat, 30 September 2011

suka duka 40 tahun Perkeso melindungi pencarum


1.Hari ni gelaplah 40 tahun kewujudnya PERKESO di bumi yang tercinta ini,oooooo malaysia tanah airku...ianya bertitik tolak dari wujudnya Akta Keselamatan sosial 1969 (AKSP 1969) maka pada 1971 wujudlah Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO)yang ada yang panggil PERKESO ada jugak yang panggil Socso..ini perkara biasa...lebih menjadi luar kebiasaan apabila aku ke Mahkamah, Majistret leh tanya socso dengan perkeso sama ke tak sama adeiiii sengal..hehehe pe pun majikan, pencarum,perkeso berpisah tiada..bab sengal tolak ketepi...


2.Ahhhh telah jauh rupanya langkah dan Usia perkeso..Kini genaplah PERKESO 40 tahun Usianya..selang beberapa hari untuk menyambut ulang tahun penubuhan PAS juga hahahaha..sepatutnya hangpa berdua berkongsi perayaan ulang tahun kakakaka..baru grand beb kompem sambutan kaw kaw punyer..aaaaa majian,pencarum, perkeso berpisah tiada...


3.Apa yang lebih mengujakan perkeso sebenarnya lebih Afdal dinobatkan bermula di Johor Bharu...dimana perlaksaan skim perlindungan Perkeso telah bermula pada 1 Oktober 1971..ya Di Johor Bharu...itu tiada siapa yang boleh menafikannya,sebut pasal Perkeso Johor Bharu (Pejabat Negeri)tak lupa aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Tuan Haji Hatta Tahir yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat berguna pada aku...selamat bersara tuan Haji...genap 40 tahun perkeso di bumi malaysia..tuan haji bersara bersamanya :)dan cukup indah juga bilamana tuan haji memulakan kerjaya disitu dan bersara pun disitu...pehhh membawa 1001 kenangan pahhit dan manis..dikala kerinagat diperah,masa dikejar,kebijaksaan menjadi taruhan...kadangkala disulami air mata..ada gembira ada kecewa ada terguris itulah nikamat kehidupan..thanks tuan haji..ya kita ada kata berbeda pendapat...aku masih ingat mungkin beliau terguris..kerna pada satu ketika golongan muda seperti kami agak agresif..ya...bab2 pengkompaun...1001 rasa...mohon diampun salah dan silap..bro En.fuad alias...kabare :) ahhh majikan,pencarum,perkeso berpisah tiada...


4.Jauh dari itu sepatutnya sambutan ulang tahun ke 40 PERKESO ini juga harus dikongsi bersama Perdana Menteri..yaaaa memanda perdana menteri hahaha..kerna apa???kerna Allahyarham bapanyalah yang merasmikan pengunaan Akta Keselamatan Sosial 1969 pada 1 Julai 1972...itu penting beb..tak rasmi depa tak jalan ni hahahahaha..sebut pasal Tun Razak memang banyak jasanya..tak terhitung..tapi untuk anaknya hahahahahaha susah nak komen kakakakaka...terpulang atas tafsiran hangpalah...hope ada cahaya dihujung terowong :)politik dimana2 pun ada kakakakaka..


5.Aku dalam entry sebelum ni ada cerita bab2 pencen Ilat..banyak aku dok cerita..hangpa tahu ka yang pencen Ilat ini dah lama dah perkeso perkenalkan???yang aku heran ramai lagi yang tak tahu..padahal sejak tahun 1974 perkeso lancarkan skim pencen Ilat ..ahhhh dah lama rupanya skim ini diperkenalkan...mustahil tak tahu2 tunggu umur lebih 55 baru nak mohon adeiiii kan jadi susah macam tu :)Tapi sejak akhir akhir ini telah wujud gelombang kesedaran dikalangan pencarum..pehhhh berlambak lambak dah permohonan nak minta pencen Ilat...hehehe ada 2 aspek nak ne tengok satu positif satu negatif..positifnya kesedaran dikalangan pencarum mengenai perkeso dan hak2 mereka telah mula wujud..itu petanda baikkkkkk.Kedua negatif dari segi penyakit hahahaha makin banyak pemohon Ilat aku rasala makin teruk tahap kesihatan rakyat malaysia...nape tak caya ka?????Ilat ni pencen untuk sakit kronik yang disahkan tak boleh kerja broooo kalau dah banyak mohon Ilat maknanya ramai pekerja rakyat negara kita tak berapa sihatlah hahahahaha makanan kot punyanya.....satu lagi kesan adalah penyusutan dana yang amat ketara...yaaaa amat2 ketara sekali pabila bayaran pencen Ilat ini dibayar kerna pengunaan dana untuk membeayar pencen Ilat sahaja saban tahun makin meningkat apatah lagi Usia hidup rakyat malaysia makin lanjut...


6.Diawal penubuhannya Perkeso bergerak sedikit demi sedikit dan Pada tahun 1980 barulah seluruh semenanjung malaysia diluputi skim perlindungan perkeso..manakala untuk sabah dan sarawak pula pada 1 ogos 1987.adeiii dah 40 tahun?????aku sendiri pun tak percaya hahahaha tambah tambah tak percaya dengan alasan demi alasan majikan tak tahu perkeso nak ne bayar ka tak????woiiiii broooo dah 40 tahun woiiii kakakakakaka adeiiiii kahwin dengan bini 40 tahun alih2 lupa ka???wakakakakakaka...sepautunya mereka menjadikan perkeso sahabat sejati..akrab..saling memerlukan..kerna apa aku kata sahabat sejati?saling memerlukan???kerna wujudnya perkeso untuk membantu kalian menjaga kebajikan pekerja kalian meringankan beban kalian...apa salahnya kalian juga membantu memudahkan kerja kami????majikan,pencarum,perkeso berpisah tiada


7.Dahulunya diawal penubuhan Perkeso diletakkan dibawah kementerian buruh..masih Jabatan Kerjaan..Namun Pada 1985 perkeso dijadikan badan berkanu, ya badan berkanun dan dikanunkan hahahaha..tetap jugak di bawah kementerian sumber manusia hingga kini..cuma tiada pencen je la tetap ne bayar KWSP..InsyaAALLAH perbincangn pencen pekerja swasta masih berjaya..harap ianya menemui jalan yang tak sesat hahahaha dan pada tahun ini jugalah pencen penakat diperkenalkan.Nah pencen penakat juga salah satu faedah yang juga aku ceritakan secara mendalam dalam entry aku yang terdahulu...juga salah satu tawaran skim perlindugan perkeso yang tak mampu dibuat oleh pihak mana2 sekali pun!tak caya????tanyalah pada pihak Insurans kompem muflis kalau depa buat!


8.Dulu sejak penubuhannya semua perkeja diwajibkan mencarum perkeso..termasuklah dengan mat bangla,minah indo,mat vietnam,kemboja dan mana2 bangsa atas dunia yang duk mai berkelana disini..namun tahun 1993 pekerja asing dikecualikan perkeso..hehehe banyak buruk dari baik depa ni...salah satunya merugikan RM malaysia je bagi depa mencarum...


9.Atas kesedaran dan iltizam perkeso untuk membantu pencarumnya maka pada 1997 pihak perkeso telah memperkenalkan Skim Faedah pendidikan dimana dibawah skim pendidikan ini pinjaman pelajaran ada disediakan...hehehe namapun pinjaman pendidikan maka lepas kerja lepas habis belajaq hang pa nak ne bayar balik la weiiii jangan duk diam pi sana pi sini hahahahaha..bila mana kita panggil nak runding bayaran balik pinjaman pun tak nak mai pasai pa???adeiii ni gak satu hal...


10.melangkah lagi ke depan seiring peredaran zaman banyak sangat kes sakit buah pinggang tak tahu pasai apa maka pihak perkeso dengan rela hati telah bersetuju memasukkan Rawatan dialisis pada tahun 2000 sebagai salah satu faedah di bawah skim perlindungan perkeso.Pehhh ini besar belanja dia brooooo..bukan seorang yang menerima rawatan dialisis brooooo..cukup2 berganda- ganda saban tahun!ya..majikan tak akan tangung perbelanjaan untuk ini kan kan..sebab itu majikan dan perkeso berpisah tiada hehehe



11.Tahun 2001 boleh dikatakan satu perubahan besar berlaku, tahun inilah berlakunya pengagihan kuasa dilakukan dimana kuasa untuk memproses dan mambayar tuntutan faedah di pejabat tempatan telah diturunkan dengan langkah ini maka tuntutan perkeso menjadi semakin cepat dan lebih cekap..dan hakikatnya lebih banyak kerja yang terpaksa kami lakukan hehehe..takpa majikan dan perkeso berpisah tiada...pasai itula aku pening nak siasat kes banyak2 ni hahahaha yang depa tau nak bayaq cepat!


12.Perjalanan menuju ke Usia 40 tahun ni cukup banyak perubahan dilalui cuma aku tak layak lagi untuk merekodkannya...ala siapa la aku ni hahahaha..nak kritik jauh sekali kakakakakakaka er er er dalam duk diam2 tu terpalit gal la isu-isu panas kakakakaakaka...bab2 isu panas ni malas aku nak buka kakakakakaka..harap2 saham2 dah halal semuanya kot kakakakaka harap2 sistem jutaan dah leh operasi kot wakakakaakakakakakakaka..opssss yaaa majikan perkeso berpisah tiada


13.Atas kesedaran untuk melindungi pekerja jugaklah maka satu perubahan besar juga dilakukan pada tahun 2005 dimana pada tahun ini pindaan Akta AKSP 1969 dilakukan...dan berkuatkuasa pada 1 mei 2005.banyak perkara yang disentuh dan cukup penting..ia melibatkan siling gaji dinaikkan dari rm2000 ke 3000,bagi perkahwinan semula duda/balu penerima pencen bilakahwin selepas 1/5/2005 maka pencen tetap jalannnnnnnnn hehehe dah tak payah tahan2 dah eh kakakakakaka..seksa tak kahwin beb..,isi kebergantungan juga telah dimansuhkan!Hak2 duda dan balu dan adik beradik macam2 lagilah!termasuklah juga program persedian untuk exam pun kita buat...SPM la aku rasa hehehehe kem motivasi la tuuuuukah


14.Atas dasar melindungi pekerja juga OPS Kesan telah dilancarkan dan ianya berterusan..Ops kesan bertujuan mengesan danmengambil tindakan keatas majikan yang gagal mendaftar perusahaan dengan perkeso...pehhh dah 40 tahun deiiiiiiii amaaaaaa apaaaaa xkan itu perkeso pun ta daa tahu taukehhhhh ayo yoooooo...manyak tipu la tuuuuuuuuuu kakakakakaka


15.Sebenarnya banyak pembaharuan yang telah dilakukan pihak perkeso untuk memberi 1001 perlindungan kepada pencarum,mutakhir ini program return to work semakin mendapat tempat dan pelbagai lagi..jika mahu dititipkan disini tidak tertitip rasanya..cuma antara sedar atau tidak kita sebenarnya memerlukan antara satu dengan yang lain...bantulah kami untuk membantu diri anda dan keluarga anda..segeralah ke pejabat perkeso berhampiran untuk menyemak sama ada diri anda dicarum atau tidak..ingatlah langkah pertama anda akan merubah segalanya dan ianya amat kami hargai :)

2 ulasan:

  1. salam..saya harap encik sudi menerangkan pada saya mengenai perkeso arwah suami.
    arwah telah meninggal pada 13 ramadhan lepas kerana jangkitan kuman dalam paru-paru., telah meningglkan 4 anak 8,5,3 dan 2 thn. Pihak majikan memberitahu arwah x cukup caruman 24 bln, hanya 23 bulan xtermasuk bulan kematian. Arwah pernah bekerja sebagai pemandu lori beberapa bulan dan mempunyai lesen gdl..tetapi majikan tidak pernah mencarum epf dan socso..Saya memerlukan bantuan pendidikan untuk anak2 yang sedang membesar..apakah yang boleh saya lakukan kerana majikan tidak mencarum dan bolehkah ia mencukupkan syarat 24 bulan..? sekian trima kasih..

    BalasPadam
  2. wasalam puan,
    Saya tidak mendapat gambaran sepenuhnya berkenaan masalah puan,dan dari penerangan puan,puan ada menyatakan di beritahu oleh majikan arwah suami puan tentang kelayakan caruman yang tidak cukup 24 bulan caruman..suka saya menasihatkan puan agar segera ke pejabat perkeso terdekat dengan membawa salinan i/c arwah suami untuk membuat semakan secara tepat dan sahih.

    2.Berkenaan dakwaan puan mengatakan arwah suami ada bekerja sebagai pemandu lori dan tidak dicarumkan maka suka saya memberi nasihat agar puan membuat aduan dipejabat perkeso terdekat untuk membolehkan tindakkan susulan diambil termasuk melihat caruman arwah suami puan tadi.

    3.saya amat berharap puan mengambil tindakan seberapa segera yang boleh.

    sekian

    BalasPadam